Alumni UiTM Perlis Malaysia

think of alumni, think of giving back...

Kem Bina Semangat/Jati Diri di Sedim Vista

Kem Bina Semangat/Jati Diri di Sedim Vista, Kulim, Kedah pada 8-10 Disember 2017 telah disertai oleh 100 orang pelajar dan 10 orang kakitangan UiTM Perlis. AJK Biro Latihan & Kerjaya telah membantu mengendalikan program "Talk" untuk memberi pendedahan kepada pelajar di dalam industri pengilangan dan membantu dalam meningkatkan usaha mereka untuk menjadi pemimpin.

Penganjur telah menjemput 2 orang bekas pelajar UiTM Perlis utk program "Talk" tersebut :

Puan Maharan Mohamed Tajuddin

  • Berpengalaman di dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia - beliau memberi penerangan berkenaan dengan persediaan untuk menghadapi alam pekerjaan dan tip-tip semasa temuduga, contoh resume dan sebagainya.

Cik Anis Jamili

  • Bekas pelajar yang baru tamat pengajian lebih kurang 3 tahun. Beliau dijemput untuk berkongsi pengalaman sebagai "fresh graduate" yang dapat menembusi industri pengilangan antarabangsa (Intel). Berkongsi ciri-ciri yang ada pada beliau hinggakan beliau diambil bekerja.